Amir Hamzah Ambil Alih Tugas, Fungsi Menteri Ekonomi
- nabalunews
- Jun 27, 2025
- 1 min read

27 Jun 2025
PUTRAJAYA: Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri kepada Jemaah Menteri yang bersidang pada 25 Jun lalu.
"Tugas utama beliau adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskhah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai tahun ini.
"Ia termasuk mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh kementerian-kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tanggungjawab baharu Amir Hamzah itu susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun lalu, selepas gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.















Comments