top of page

ASEAN disaran perkasa industri pengangkutan untuk daya saing serantau

nabalunews


21 November 2024


KUALA LUMPUR: Komuniti ASEAN digesa memperkukuh sektor pengangkutan bagi meningkatkan daya saing ekonomi serantau.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mencadangkan agar sebuah kerangka dasar komprehensif dibangunkan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.


Beliau menekankan keperluan memasukkan elemen seperti pemeliharaan alam sekitar, transformasi digital, dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kerangka tersebut.


"Jika pengangkutan dan perkhidmatan logistik lebih efisien, ia pasti akan merangsang pertumbuhan ekonomi. Apabila ekonomi berkembang, peluang pekerjaan akan meningkat, seterusnya memberi limpahan manfaat ekonomi kepada masyarakat setempat dan lain-lain," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN ke-30 di sini.


Fadillah turut menyatakan bahawa kerjasama kukuh antara negara anggota ASEAN dalam bidang pengangkutan mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan, selain membantu rantau ini beradaptasi dengan cabaran global yang semakin kompleks.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page