top of page

Atlet Sabah, Angie Yan Jia Chi wakili Malaysia demonstrasi Muaythai di Sukan Olimpik Paris 2024

nabalunews

5 Ogos 2024


KOTA KINABALU : Atlet kelahiran Sabah, Angie Yan Jia Chi akan mewakili Malaysia bagi demonstrasi Muaythai di Sukan Olimpik Paris 2024.


Angie adalah juara Piala Dunia Muaythai 2023 dan Sukan Kombat Dunia Riyadh 2023.


Angie berjaya mempertahankan kejuaraan dunia dalam kategori seni Wai Kru untuk dua tahun berturut-turut selepas muncul juara dunia pada edisi 2023 dan edisi 2024 dalam kategori bawah 23 tahun.


Kejohanan Dunia Muaythai 2024

International Federation of Muaythai Associations (IFMA) berlangsung di Patras, Greece, Jun lalu.


Turut mengiringi Angie ke Paris ialah juara dunia Muaythai 3 kali berturut-turut, Mohammad Rifdean Masdor.


2 atlit Malaysia itu bersama Ketua Jurulatih Muaythai negara, Bernard Radin telah bertolak ke Paris.


Selama 4 hari aksi Muaythai dipertontonkan di Club France ketika Sukan Olimpik Paris 2024 sedang berlangsung.


Misi IFMA adalah menjadikan Muaythai sebagai sebahagian daripada acara Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page