top of page

Atlet Sabah, Eddy Bernard raih pingat pertama negara di Paralimpik Paris

  • nabalunews
  • Sep 2, 2024
  • 1 min read

2 September 2024


PARIS : Atlet dari Beluran, Sabah, Eddy Bernard meraih pingat gangsa acara 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal) dengan memecahkan rekod Asia pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di Stade de France.


Ini pingat pertama Kontinjen Malaysia dalam temasya itu.


Menurut laporan Bernama, Eddy yang berlari di lorong ketiga bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan sebelum berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan 11.58 saat.


Lebih manis, kejayaan atlet berusia 23 tahun itu pada penampilan sulung di pentas Sukan Paralimpik turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.


Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya 11.77s ketika membawa pulang pingat perak pada kejohanan berprestij dunia di Kobe itu.


Pingat emas 100 meter lelaki T44 dimenangi atlet Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12 saat manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba,Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20 saat.


Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lalu dan akan berakhir 8 September ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page