- nabalunews
ATM pantau kumpulan pengganas antarabangsa guna AI sebar propaganda
7 Ogos 2024
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memantau strategi kumpulan pengganas antarabangsa yang dipercayai menggunakan teknologi AI bagi menyebarkan ideologi dan propaganda serta menarik penyertaan anggota baharu merentasi sempadan.
Ketua Pengarah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) ATM, Laksamana Muda Datuk Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin berkata, pihaknya berwaspada mengenai perkara itu menerusi kerjasama dan perkongsian maklumat dengan pihak berkuasa lain.
Sudah tentu kita bekerjasama dengan agensi keselamatan lain termasuk PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi mengenalpasti sebarang bentuk ancaman.
"Perkongsian maklumat itu penting kerana setiap agensi menggunakan sistem yang berbeza dan mempunyai kepakaran masing-masing. Apabila ada maklumat tersedia, kita akan berwaspada," katanya dalam temubual khas bersama pemberita Kumpulan NSTP, sempena Program Siber Siaga 2024 di Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia (CyberDSA) di sini, hari ini.
Comments