top of page
Wartawan Nabalu News

Azalina bincang RUU anti lompat parti dengan YDP Melaka


3 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMUR: Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam semalam untuk membincangkan rang undang-undang anti lompat parti.


Dalam catatan laman sosial Facebooknya, beliau berkata Rang Undang-Undang Regulasi Lompat Parti dan Akauntabiliti Politik perlu diwujudkan di peringkat negeri.


Hal ini bagi memastikan calon-calon menghormati pengundi yang keluar mengundi, memartabatkan sistem demokrasi di Malaysia, serta mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi negara, jelasnya.


“Sehubungan itu, saya juga dengan rendah hati menyatakan hasrat untuk mencadangkan Rang Undang-Undang Regulasi Lompat Parti dan Akauntabiliti Politik turut dilaksanakan diperingkat negeri Melaka dengan pertimbangan dan keizinan Tuan Yang Terutama.


“Saya juga telah turut menawarkan khidmat saya dan juga beberapa pasukan yang terlibat jika diperlukan untuk menggubal enakmen ini diperingkat negeri Melaka,” katanya.


Tambah Azalina, beliau yakin dan percaya rang undang-undang hybrid itu boleh menjadi pemangkin kestabilan politik negeri Melaka.


“Mekanisme ini menghalang wakil-wakil rakyat dari lompat parti sekaligus memberi hak bersuara kepada pengundi yang keluar mengundi,” ujarnya.


Terdahulu, Melaka terpaksa mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) selepas empat anggota dewan undangan negeri (Adun) menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Ali.

Comentários


bottom of page