Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 diberi Isnin iniBantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 diberi Isnin ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 diberi Isnin ini



15 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan dilaksanakan bermula Isnin ini (17 Jan).


Menurut KPM dalam satu kenyataan kelmarin, setiap murid yang bakal memasuki Tahun 2 hingga Tingkatan 5 pada 21 Mac depan akan menerima BAP sebanyak RM150 seorang.


“Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak untuk menerima bantuan tersebut.


“Manakala bagi murid Tahun 1 yang akan bermula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac pula, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai,” katanya.


KPM berkata pengagihan BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.


Pengagihan secara tunai pula akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.


Jelas KPM, seramai tiga juta penerima BAP dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan menerima manfaat bantuan tersebut.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page