Bas elektrik pertama di Sabah bakal beroperasi hujung tahun iniBas elektrik pertama di Sabah bakal beroperasi hujung tahun ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bas elektrik pertama di Sabah bakal beroperasi hujung tahun ini


13 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah kini mempunyai bas elektrik (e-Bus) dalam usaha menjadikan pengangkutan awam ke arah lebih mesra alam dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau di kalangan orang ramai.


Bas elektrik yang pertama di Sabah itu juga adalah projek perintis yang bakal beroperasi pada penghujung tahun ini di bandar Kota Kinabalu bagi kemudahan pengangkutan awam orang ramai.


Selain mesra alam, bas elektrik tersebut juga dilengkapi kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) dan warga tua terutama sekali yang menggunakan kerusi roda.


Pengenalan e-Bus yang mempunyai kapasiti sehingga 66 penumpang adalah hasil kerjasama antara QSB dan Gemilang Coachwork Sdn Bhd, salah satu pengeluar bas elektrik dan badan bas aluminium terkemuka di Asia.


Pengarah Eksekutif QSB, Mohd Shukor Abdul Mumin berkata, apabila e-Bus memulakan projek perintisnya, Sabah akan selangkah lebih maju untuk memanfaatkan tenaga bersih untuk menggerakkan pengangkutan awamnya.


“Pengenalan e-Bus adalah untuk melengkapkan perkhidmatan pengangkutan awam yang ada dan ia akan membantu mempromosikan gaya hidup yang lebih ekologi secara lestari sambil membantu mengurangkan pelepasan karbon ke alam sekitar,” katanya.


Sementara itu, ketika melancarkan e-Bus Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS,) Datuk Jafry Ariffin berkata, bas berkuasa elektrik tersebut boleh menjadi alternatif untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih bersih.


Beliau berkata, ini penting agar perkhidmatan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul pada masa hadapan.


Jafry juga berharap agar pihak berwajib dapat meneroka penggunaan e-Bus lebih jauh sebagai kaedah pengangkutan awam utama di Kota Kinabalu dan tempat lain di Sabah pada masa akan datang.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page