top of page

Penumpang Maut Tercampak Keluar Dari Kenderaan

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

15 Januari 2026


PENAMPANG: Seorang penumpang maut selepas kenderaan dinaiki terbabas sendiri dalam kemalangan di Jalan Papar Lama, Penampang berhampiran belakang Kem Lok Kawi, Putatan, pada petang Rabu.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, warga emas berusia 69 tahun terbabit dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendant Sammy Newton, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki warga asing berusia 40 tahun.

Katanya, kenderaan turut dinaiki mangsa yang maut bersama dua lagi penumpang lelaki berusia lingkungan 30 hingga 69 tahun.


“Hasil siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.


“Kejadian menyebabkan penumpang hadapan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya.


Sammy berkata, pemandu dan dua penumpang belakang lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Pemandu kenderaan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sehubungan itu, Sammy menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Penampang atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Amrin Mohamad Rif di talian 017-6638278,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page