Belum habis dikutuk, Rina Harun buat hal lagiBelum habis dikutuk, Rina Harun buat hal lagi
top of page
  • Farah Salim

Belum habis dikutuk, Rina Harun buat hal lagi


21 Disember 2021 Oleh Farah Salim KUALA LUMPUR: Belum habis dikritik netizen kerana tindakannya yang melawat kawasan banjir menaiki kereta pacuan empat roda dan memakai kasut tinggi, Datuk Harun sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial pada hari ini. Ini kerana beliau ‘sempat’ mengadakan upacara makan-makan di hotel sempena perasmian Majlis Bantuan Banjir Keluarga Malaysia pada hari ini, dan bukannya mengagihkan bantuan dengan kadar segara. Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Faizal Azumu turut diherdik teruk oleh netizen kerana mengadakan majlis perasmian bantuan banjir. Rata-rata mereka berpendapat bahawa tiada keperluan untuk mengadakan majlis sedemikian dan bantuan seharusnya diagihkan kadar segera.

Ada juga beberapa netizen di Twitter yang menyatakan bahawa menteri pembangunan, keluarga dan masyarakat itu tidak mempunyai perasaan empati dan sensitif terhadap mangsa-mangsa banjir. “Sensitif lah sikit kat mangsa-mangsa banjir. Tak perlu pun makan-makan ni, baik guna guit tempah hotel tu semua sumbang pada mangsa banjir,” kata seorang pengguna melalui ciapan Twitternya. “Tolong batalkan majlis yang tiada keperluan ini dan terus bantu rakyat. Rakyat tidak perlu semua ini,” kata seorang lagi pengguna. Seorang lagi berkata: “Tiada guna nak ‘komplen’ pasal mereka (menteri) ini, mereka memang tidak peduli dan tidak akan ambil kisah (terhadap mangsa banjir).” “Orang tengah nazak kelaparan, kesejukan, kesakitan - hantar sahaja terus sumbangan tu. Tak perlu nak buat majlis. Ni kena ‘design poster’, tempah makanan, sediakan tempat, jemput tetamu, beri ucapkan, rasmikan sumbangan, sesi fotografi dan sebagainya. Mati dulu lah orang kalau tunggu mereka siap,” kata seorang lagi. Pada Sabtu lalu, banjir besar telah melanda lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia di mana jumlah mangsa banjir dikenalpasti setakat jam 10 pagi pada Isnin adalah sebanyak 44,652 mangsa. Jumlah yang dinyatakan itu turut membabitkan 8,617 kanak-kanak dan 1,490 bayi. Turut terkesan dalam bencana berkenaan ialah 1,503 warga emas serta 293 mangsa dalam kalangan orang kurang upaya (OKU). Sebanyak lima kematian akibat banjir telah dilaporkan dan dipercayai ada beberapa lagi kematian yang belum diumum secara rasmi.

bottom of page