top of page
  • nabalunews

Bina Badan Mr Malaysia 2024, Geinod Lozitin masih mampu bawa cabaran Sabah

5 Ogos 2024


KOTA KINABALU : Atlet bina badan veteran Sabah yang berasal dari Kampung Pogunon, Penampang, Geinod Lozitin, cemerlang dalam Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia ke-53, yang berlangsung di Hotel Thistle, Johor Baharu pada 2 hingga 5 Ogos lalu.


Geinod membuktikan bahawa beliau masih lagi mampu membawa cabaran Sabah ke peringkat kebangsaan apabila muncul 3 pemenang teratas (Top 3) dalam kategori Light Heavy Weight pada kejohanan itu.


Rutin beliau yang gigih menjalani latihan setiap hari ternyata tidak sia-sia apabila otot pejal dan penampilannya di pentas Mr Malaysia, menggamit perhatian juri dan penonton.


Seramai 154 atlet dari seluruh negara menyertai Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-53@Mr Malaysia 2024.


Dalam kejohanan ini, atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amsyar Anaqie Azahar, 28 tahun dinobatkan sebagai Juara Antara Juara kategori atas 70 kilogram (kg) manakala Jesmon Justi yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

muncul Juara Antara Juara kategori bawah 70 kg.

Comments


bottom of page