top of page

Cabaran Nur Dhabitah di Paris 2024 berakhir

  • nabalunews
  • Aug 9, 2024
  • 1 min read

9 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Perjuangan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir apabila dia sekadar menamatkan acara final 3 meter (m) papan anjal individu di tempat terakhir daripada 12 peserta.


Nur Dhabitah mengumpul 244.80 mata daripada lima terjunan di Pusat Akuatik Paris yang menyaksikan dua penerjun China berjaya memenangi pingat emas dan gangsa.


Chen Yiwen memenangi pingat emas dengan 376 mata manakala Maddison Keeney dari Australia meraih perak, 343.10 mata.


Rakan seperjuangan Yiwen, Chang Yani meraih gangsa dengan 318.75 mata sekali gus menceriakan kem China yang turut meraih emas dan perak pada edisi di Tokyo 2020 sebelum ini.


Di saingan separuh akhir semalam, Nur Dhabitah, 25, mengumpul 286.95 mata untuk berada di kedudukan kelapan dalam senarai 12 peserta ke final.


Pada edisi Tokyo 2020, Nur Dhabitah menamatkan saingan individu di tempat keempat dengan 326.15 mata.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page