top of page
  • nabalunews

Cabaran Nurul Izzah di Paris 2024 berakhir

9 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Cabaran pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam acara pecut individu berakhir di perlumbaan saringan repechages pusingan 1/32.


Nurul Izzah menamatkan saringan keempat repechages di tempat kedua manakala Lauriane Genest dari Kanada mengungguli perlumbaan untuk mara ke pusingan 1/16.


Pelumba Jepun, Riyu Ohta melengkapkan perlumbaan saringan tiga pelumba itu di tempat terakhir di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines.


Terdahulu, Nurul Izzah, 20, mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan miliknya di pusingan kelayakan.


Nurul Izzah yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik mencatat 10.709 saat (s) pada perlumbaan kelayakan sekali gus memadam rekod kebangsaan 10.903s yang dilakukannya di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), di Nilai, tahun lalu.


Dengan catatan itu, Nurul Izzah yang diberi jolokan The Pocket Rocketwoman berjaya melangkah mara ke pusingan 1/32 bertemu Sophie Capewell dari Great Britain namun tewas dan menyertai saingan repechages.

Comentarios


bottom of page