CHINA MAHU BERSAMA DUNIA BASMI KEMISKINANCHINA MAHU BERSAMA DUNIA BASMI KEMISKINAN
top of page
  • nabalunews

CHINA MAHU BERSAMA DUNIA BASMI KEMISKINAN


15 DIS 2020


BEIJING: Perjuangan China dalam membasmi kemiskinan mencerminkan komitmen kerajaan untuk mendahulukan rakyat dan berbakti demi kesejahteraan negara.

Menurut ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Huang Kunming, usaha China meneroka dan menempuh liku-liku pembasmian kemiskinan mengikut acuan sendiri merupakan satu langkah yang berjaya.

Ketika merasmikan Forum Antarabangsa mengenai Perkongsian Pengalaman Pembasmian Kemiskinan pada Isnin, beliau menyatakan China beriltizam menyumbang lebih besar kepada masyarakat sejagat ke arah membina dunia yang lebih indah.


Ujarnya, China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa menyumbang kepada penghapusan kemiskinan di peringkat global, memfokuskan perkongsian hasil pembangunan dan kerjasama sama menang, sekali gus memastikan hasil pembasmian kemiskinan dapat dinikmati semua.

Pada majlis perasmian, Huang turut membacakan perutusan tahniah Presiden Xi Jinping untuk penganjuran forum itu.

Huang berkata, perutusan itu memperlihatkan tekad teguh China menggembleng tenaga dengan seluruh dunia untuk menangani cabaran pandemik COVID-19, sambil mendorong usaha membasmi kemiskinan di peringkat global dan menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.


Untuk rekod, lebih 200 wakil dari 60 negara dan wilayah serta 20 pertubuhan antarabangsa menghadiri forum kali ini menerusi pautan video. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page