COVID: MOTAC TUMPU PELANCONGAN PERNIAGAANCOVID: MOTAC TUMPU PELANCONGAN PERNIAGAAN
top of page
  • nabalunews

COVID: MOTAC TUMPU PELANCONGAN PERNIAGAAN


8 Feb 2021


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan memberi tumpuan kepada golongan pelancong bersasar meliputi pelancongan perniagaan dan aktiviti MICE (mesyuarat, insentif, persidangan serta pameran) dalam memastikan kelangsungan acara perniagaan.


Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) akan memastikan pelancong perniagaan dan MICE telah melepasi tapisan kesihatan dan bebas COVID-19 serta pematuhan yang ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) MICE.


"Dalam memastikan kelangsungan acara perniagaan, keselamatan dan kesihatan rakyat adalah juga keutamaan MOTAC ketika negara sedang berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19," jelasnya.


Menurut kenyataan itu, SOP dan protokol pencegahan penyakit bagi pelancongan perniagaan terhadap pekerja, pembekal barangan dan perkhidmatan serta delegasi/ pengunjung mengenai pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan adalah mengikut standard ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. - Bernama


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page