- nabalunews
Hannah harap pingat emas Liek Hou suntik semangat juang kontinjen negara
4 September 2024
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada atlet badminton para negara Cheah Liek Hou yang bakal bergelar jutawan selepas meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris.
Hannah mengakui terlalu gembira mendengar alunan lagu Negaraku berkumandang di La Chapelle Arena pada Isnin dan berharap kejayaan Liek Hou itu menyemarakkan semangat kontinjen negara.
“Saya ucapkan tahniah kepada Liek Hou dan jurulatihnya Nova Armada kerana menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia di Paris.
“Saya harap atlet lain akan menuruti kejayaan Liek Hou” ujar Hannah semalam.
Hannah berkata atlet para akan menerima RM 1 juta sebagai insentif memenangi pingat emas Olimpik menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), sebagaimana yang dinikmati atlet normal.
Manakala jurulatih akan menerima 20 peratus juga menerusi SHAKAM.
“Ini emas kedua Liek Hou, jadi dia sekarang dan bergelar jutawan, saya harap yang lain termasuk Fareez Anuar jangan berputus asa kerana mereka masih muda dan boleh lagi memberi cabaran pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028,” katanya.
Fareez terlepas peluang meraih pingat gangsa acara sama yang disertai Liek Hou, SU5 selepas tumpas kepada pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 17-21, 21-19, 21-12.
Comments