Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel kekal
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel kekal


9 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit untuk petrol RON97, RON95, dan diesel akan kekal tidak berubah bermula 9 hingga 15 Mei.


Harga bagi petrol RON97 adalah RM3.47 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing adalah RM2.05 dan RM2.15 seliter.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan MOF, penetapan harga ini adalah selaras dengan Mekanisme Harga Automatik yang mengambil kira harga runcit mingguan produk petroleum.


MOF juga menegaskan bahawa, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan, kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada RM2.05 dan RM2.15 seliter sebagai langkah melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global.


Selain itu, MOF memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa memantau pergerakan harga minyak mentah dunia dan akan mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara.



bottom of page