Kadar inflasi Malaysia catat kenaikan 2.2 peratusKadar inflasi Malaysia catat kenaikan 2.2 peratus
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Kadar inflasi Malaysia catat kenaikan 2.2 peratus


25 Ogos 2021

Oleh Ilona Andrew


PUTRAJAYA: Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi Malaysia bagi Julai 2021 meingkat sebanyak 2.2 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.


Menurut Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, peningkatan ini antaranya disebabkan oleh diskaun bil elektrik bulanan yang diberikan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan

Ekonomi (PEMULIH) untuk tempoh tiga bulan efektif 1 Julai 2021.


Walau bagaimanapun, katanya IHP masih kekal positif memandangkan terdapat kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada Julai 2021 berbanding setahun yang lalu,


"IHP kekal positif untuk bulan ke-enam berturut-turut semenjak Februari 2021 disebabkan kesan asas yang rendah pada tahun lalu.


"Peningkatan ini telah didorong terutamanya oleh kenaikan dua-digit dalam kumpulan Pengangkutan iaitu 11.6 peratus berikutan penetapan harga siling petrol RON95 kepada RM2.05 seliter sejak Mac lalu berbanding harga purata RM1.69 pada Julal 2020.


"Ini diikuti oleh Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (1.7 peratus); Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (1.3 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (0.7 peratus)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sementara itu, HP bagi tempoh Januari hingga Julai 2021 menunjukkan peningkatan 2.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. dengan indeks teras turut meningkat 0.7 peratus pada Julai 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.


Menurut Mohd Uzir, peningkatan indeks teras disumbangkan oleh Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (1.7 peratus); Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (1.1 peratus): Pengangkutan (1.0 peratus); Restoran dan Hotel (0.7 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (0.6 peratus) ; Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan (0.6 peratus) ; Kesihatan (0.4 peratus) ; Pendidikan (0.1 peratus) dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (0.1 peratus).


Tambahnya, indeks teras meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali item makanan segar yang mempunyai harga tidak menentu serta harga yang dikawal


"Lima negeri iaitu Terengganu (2.8 peratus), Pahang (2.5 peratus), Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.4 peratus), Kelantan (2.4 peratus) dan Sarawak (2.3 peratus) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional 2.2 peratus pada Julai 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.


"Kesemua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.0 peratus). Sementara itu, negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol nasional iaitu 13 peratus pada Julai 2021 berbanding Julal 2020."

bottom of page