Kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun akan diberi vaksin Pfizer – KhairyKanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun akan diberi vaksin Pfizer – Khairy
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun akan diberi vaksin Pfizer – Khairy


29 Oktober 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia akan mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun. “Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) mengesyorkan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak. “Selain itu kami juga akan melihat pilihan vaksin lain seperti Sinovac,” katanya menerusi ciapan akaun Twitternya hari ini. Ahli Parlimen Rembau itu menambah, setakat semalam, 82.4 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Statistik daripada laman web CovidNow Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa 62 peratus daripada kumpulan umur yang sama telah lengkap divaksin. Walau bagaimanapun, Khairy belum menerangkan bilakah pemberian vaksin itu akan diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun itu. Pada 26 Oktober, panel penasihat bebas mengesyorkan kepada FDA Amerika Syarikat supaya agensi itu mengeluarkan kebenaran kecemasan untuk penggunaan vaksin Pfizer-BioNtech pada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

bottom of page