top of page

Kemenangan Penting Sebelum Aksi Separuh Akhir Piala FA Kedua – Jafri

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

24 November 2025


KOTA KINABALU: Penyerang Sabah FC, Jafri Chew, menyifatkan kemenangan 3-2 pasukannya ke atas Penang FC di Stadium Likas malam tadi dalam saingan Liga Super sebagai tonik penting menjelang aksi separuh akhir Piala FA kedua menentang Selangor.


Sabah yang bangkit daripada ketinggalan memastikan tiga mata pertama Liga Super musim ini, sekali gus meningkatkan semangat pasukan.


“Kemenangan dengan Penang sangat penting sebab kita perlukan tiga mata pertama liga dan mood yang positif sebelum kita jumpa Selangor nanti,” kata Jafri.

ree

Jafri turut menjadi tumpuan apabila meledak gol jarak jauh kira-kira 40 meter iaitu satu percubaan yang sebelum ini hanya berjaya dilakukannya ketika latihan.


“Tentang gol tu saya sangat puas sebab sebelum ini saya hanya mampu buat dalam latihan. Tapi semaam ia menjadi dalam perlawanan sebenar,” katanya.


Mengulas prestasinya musim ini, Jafri berkata persembahannya diperkukuh dengan sokongan rakan sepasukan.


“Prestasi saya sekarang ini positif dengan bantuan rakan-rakan pemain. Saya yakin saya mampu bagi lagi lebih dari sekarang untuk bantu pasukan capai sesuatu yang lebih manis,” jelasnya.


Kemenangan tersebut dijangka memberikan momentum penting kepada Sabah FC menjelang pertembungan sukar menentang Selangor dalam kempen separuh akhir Piala FA kedua.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page