• nabalunews

KEMPEN GONG XI ANG POW TAWAR HADIAH MENARIK KEPADA PENYIMPAN SSPN


gambar hiasan

8 Feb 2021


KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan kempen Gong Xi Ang Pow Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2021 yang menawarkan pelbagai hadiah menarik bermula pada 8 Feb hingga 8 Mac tahun ini.


Kempen yang dilancarkan sempena meraikan Tahun Baharu Cina itu bagi menghargai semua penyimpan setia SSPN dan pelanggan baharu yang memilih SSPN sebagai Skim Simpanan Utama.

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika melancarkan kempen itu secara langsung menerusi Facebook PTPTN berkata pihaknya sentiasa komited dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.


Hadiah lumayan bernilai RM95,000 menanti 88 pemenang dengan hadiah utama bernilai RM8,888 untuk pemenang pertama, RM6,888 (tempat kedua) dan RM3,888 (tempat ketiga) manakala RM888 akan diberikan kepada 85 pemenang sebagai hadiah sagu hati.


Minimum RM100 simpanan bersih dalam akaun SSPN, bersamaan satu cabutan diperlukan untuk menyertai kempen tersebut.


Bagi individu yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan sepanjang tempoh kempen berlangsung, mereka juga boleh menyertainya secara automatik. - Bernama


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com