Keputusan ujian keberkesanan rawatan Ivermectin dibentang minggu depan – KhairyKeputusan ujian keberkesanan rawatan Ivermectin dibentang minggu depan – Khairy
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Keputusan ujian keberkesanan rawatan Ivermectin dibentang minggu depan – Khairy


29 Oktober 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Keputusan ujian keberkesanan rawatan Ivermectin ke atas pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi akan dibentangkan kepada umum minggu depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Khairy berkata pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Dr Kalaiarasu Peariasamy akan membentangkan keputusan secara terbuka minggu depan. "Perdebatan hebat tempatan mengenai #Ivermectin akan diselesaikan tidak lama lagi. Kami melakukan kajian tempatan mengenai Ivermectin hasilnya sudah ada “@drkalai61 akan bentangkan kepada umum minggu depan,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.," katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini. Pada 5 Jun, Kementerian Kesihatan telah memulakan percubaan Ivermectin untuk pesakit berisiko tinggi Covid-19 yang dikenali sebagai kajian I-Tech. Sebelum ini, Kementerian Kesihatan berkata pihaknya merekrut 500 pesakit daripada kumpulan berisiko tinggi yang berumur 50 tahun dan ke atas yang telah dimasukkan ke hospital kerajaan dengan simptom Covid-19 ringan atau sederhana. Ia bertujuan untuk menentukan keberkesanan Ivermectin dalam mencegah perkembangan Covid-19 kepada penyakit yang teruk serta hasil kematian. Ivermectin, ubat anti-parasit yang digunakan dalam perubatan veterinar, sebelum ini disebut-sebut sebagai ubat untuk rawatan Covid-19. Tetapi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesyorkan agar tidak menggunakannya kecuali bagi mereka yang dalam ujian klinikal.

bottom of page