Kerajaan tegas ambil tindakan terhadap penghasut isu kaum dan agama
- nabalunews
- Mar 7
- 1 min read

7 Mac 2025
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang cuba menghasut menggunakan isu perkauman dan agama, terutama di platform media sosial.
Menurut Jurucakap Kerajaan MADANI, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan isu tersebut dan meneliti langkah-langkah bagi menangani penyebaran hasutan yang boleh menjejaskan perpaduan negara.
“YAB Perdana Menteri telah memberikan peringatan tegas, dengan mengarahkan agar semua badan penguatkuasaan dan agensi keselamatan mengambil tindakan yang cepat, berkesan, dan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut menggunakan isu perkauman atau agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua pihak untuk memelihara perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat dengan memupuk persefahaman serta menghormati satu sama lain, selain sentiasa mematuhi undang-undang demi kesejahteraan bersama.
Comments