KPM Tubuh Enam Pasukan Khas perkasa transformasi pendidikan

31 Julai 2024
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan enam pasukan khas bagi memperkasakan hala tuju pendidikan negara di bawah transformasi pendidikan.
Satu daripada inisiatif utama adalah penubuhan Pasukan Petugas Khas Intervensi Kurikulum.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, pasukan ini ditugaskan untuk mengenal pasti isu dan masalah berkaitan pelaksanaan kurikulum sedia ada, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Sains, dan Matematik Tahap 1.
"Terkini Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan Jerayawara Kurikulum Persekolahan 2027 yang melibatkan 10 buah lokasi di seluruh negara mulai 23 Februari 2024 hingga 27 Julai 2024.
"Jerayawara ini bertujuan untuk menyebar luas maklumat berkaitan Kurikulum Persekolahan 2027 dan mendapatkan pandangan orang awam tentang perkara baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027," ujar Wong Kah Woh ketika menjawab soalan di Dewan Negara.
Bagi meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), KPM telah memperkasakan Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Data menunjukkan bahawa pengambilan pelajar dalam bidang STEM telah meningkat sebanyak 50.83 peratus pada tahun ini berbanding 40.95 peratus pada tahun 2021.
"Saya percaya usaha-usaha dari kpm dalam mempromosikan STEM dan mengadakan program-program dan aktiviti berkaitan dengan STEM,” katanya.
Comments