KUSKOP perkenal program SWEET bantu usahawan wanita berminat sertai sektor francais
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KUSKOP perkenal program SWEET bantu usahawan wanita berminat sertai sektor francais


9 Mac 2022


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memperkenalkan program khas kepada usahawan wanita yang berminat untuk melibatkan diri dalam sektor francais.


Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata program yang dinamakan 'Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent' (SWEET) itu ialah program di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).


Baru-baru ini, PERNAS telah mengadakan Ekspo 'Business In Transformation' (BIT) 2023 di Shah Alam yang melibatkan 62 usahawan francais dan saya kagum ia didominasi oleh usahawan wanita.


"Saya mengalu-alukan mereka (usahawan wanita) yang berminat untuk berkunjung ke PERNAS bagi mendapatkan maklumat atau menerusi dalam talian melalui platform MyAssist MSME," katanya pada sesi rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, semalam.


Sebelum ini, media melaporkan, KUSKOP telah memperuntukkan RM50 juta bagi memperkasakan usahawan francais menerusi pelbagai skim pembiayaan di bawah PERNAS.


Ewon pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada usahawan wanita yang melaksanakan pembayaran pinjaman tanpa gagal kepada agensi yang sekali gus memberi peluang kepada usahawan baharu untuk menceburi perkhidmatan berkenaan.


"Saya menghargai semua usahawan wanita yang telah membuat pinjaman di semua agensi kita yang lain, mereka pembayar yang sangat baik," katanya. - Bernama

bottom of page