top of page

Lebih sejuta pelajar tebus baucar buku MADANI bernilai RM157 juta

  • nabalunews
  • Oct 22, 2024
  • 1 min read


22 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Baucar Buku MADANI yang diperkenalkan untuk pelajar lepasan menengah di seluruh negara telah mencatat penebusan melebihi satu juta setakat semalam, melibatkan peruntukan RM157 juta.

 

Inisiatif ini bukan sahaja membantu pelajar mendapatkan bahan bacaan, tetapi juga mencatatkan nilai pembelian keseluruhan melebihi RM120 juta.

 

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, memaklumkan bahawa daripada jumlah pelajar tersebut, 661,487 adalah murid tahap dua sekolah rendah, manakala 61,806 pelajar dari Kolej Vokasional, Pra-Universiti, Kolej Matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru turut mendapat manfaat.

 

"Jumlah nilai Baucar Buku MADANI yang telah ditebus oleh golongan ini sehingga 21 Oktober 2024 adalah berjumlah RM157 juta," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lee Chuan How pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

 

Wong turut menjelaskan bahawa pendaftaran, penebusan, dan pembelian dilakukan secara dalam talian untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan baucar, dengan lebih 647,000 buku ditawarkan melalui sistem DELIMa.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page