top of page

Malaysia dan Singapura capai kemajuan dalam isu tertunggak, bakal dibincang lanjut hujung tahun ini

  • nabalunews
  • Oct 10, 2024
  • 1 min read

10 Oktober 2024


VIENTIANE: Malaysia dan Singapura telah mencapai kesepakatan dalam beberapa isu tertunggak antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Isu-isu tersebut dibincangkan dalam pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 yang berlangsung semalam.


Tanpa menyatakan secara terperinci mengenai isu-isu tersebut, Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura yang dijadualkan pada hujung tahun ini.


“Selama hampir 40 minit, saya dan PM Lawrence berbincang beberapa perkara terkait kepentingan kedua-dua negara, terutama meneroka kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu berbangkit secara berkesan dan sepantas mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.


Selain pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin turut mengetuai mesyuarat dua hala bersama menteri-menteri dan delegasi kedua-dua negara. Antara isu tertunggak yang sebelum ini dilaporkan termasuk kawalan ruang udara, isu air, dan sempadan maritim.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page