top of page

Malaysia di landasan tepat capai ekonomi mampan, lestari

  • nabalunews
  • Nov 7, 2024
  • 1 min read

7 November 2024


KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai ekonomi yang lebih mampan dan lestari.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ekonomi negara semakin kukuh dengan anggaran pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini, manakala kadar inflasi kekal terkawal.


"Pada bulan September, kadar inflasi berada pada 1.8 peratus dan terus menurun dari 2 peratus pada Julai, diikuti 1.9 peratus pada Ogos," katanya ketika berucap di Persidangan ESG dan Kelestarian 2024, di ibu negara.


Amir Hamzah turut menyatakan, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat rekod tahun lalu dengan jumlah RM330 bilion, lapor Berita RTM.


Pada enam bulan pertama tahun ini, FDI mencapai RM160 bilion, meningkat 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia.


Tambahnya, kerajaan juga telah mengambil langkah menyasarkan semula subsidi bagi memastikan keberkesanan perbelanjaan serta mengelakkan ketirisan.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page