top of page

Malaysia, Rusia Setuju Komuniti Antarabangsa Tingkat Tekanan Tamatkan Kekejaman Israel Di Gaza - PM Anwar

  • nabalunews
  • Sep 4, 2024
  • 1 min read
ree

4 September 2024


VLADIVOSTOK (Russia): Malaysia dan Rusia bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar juga menyatakan harapan agar Rusia akan meneruskan usaha ke arah penyelesaian aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine menerusi rundingan damai.


“Melalui libat urus berterusan, saya percaya kita boleh memperdalam pemahaman kita pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam catatan di X, hari ini.


Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di sini hari ini bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia.


Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, esok.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page