top of page

Malaysia-Singapura tandatangani MoU Zon Ekonomi Khas JS-SEZ

Wartawan Nabalu News


12 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


JOHOR BAHRU: Malaysia dan Singapura telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan ekonomi antara kedua-dua negara.


MoU itu ditandatangani oleh Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong dalam satu majlis yang disaksikan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lee Hsien Loong di sebuah hotel di Johor Bahru pada Khamis.


MoU ini adalah satu langkah penting untuk meningkatkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura, yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan kedua-dua negara.


Perjanjian itu hadir kurang dua bulan selepas Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia - Singapura Ke-10 yang diadakan pada Oktober 2023.


Perkembangan terbaharu itu mengkuhkan lagi ikatan dan komitmen kedua-dua negara terutamanya dalam bidang ekonomi.


Menerusi MoU itu, Malaysia dan Singapura akan berusaha untuk memudahkan urusan keluar masuk sempadan untuk kesenangan rakyat, sekali gus menambah baik ekosistem dan kerjasama ekonomi.


Kedua-dua negara juga bersetuju untuk bekerja bersama dalam perjanjian JS-SEZ itu dan juga Pemukiman Pemimpin Malaysia - Singapura Ke-11 kelak.


Hubungan perdagangan Malaysia dan Singapura merekodkan angka positif dengan perdangan dua hala meningkat 18.9 peratus tahun ke tahun kelada AS$153 bilion pada tahun 2022.


Singapura juga merupakan sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) buat Malaysia, menyumbang 20.5 peratus dalam keseluruham FDI Malaysia pada tahun 2022.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page