MARADONA JALANI KUARANTIN SELEPAS PENGAWALNYA ADA GEJALA COVID-19MARADONA JALANI KUARANTIN SELEPAS PENGAWALNYA ADA GEJALA COVID-19
top of page
  • nabalunews

MARADONA JALANI KUARANTIN SELEPAS PENGAWALNYA ADA GEJALA COVID-19


28 OKTOBER 2020


BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Diego Maradona pada Selasa menjalani kuarantin di rumahnya di Argentina selepas seorang pengawalnya didapati mempunyai gejala COVID-19, menurut pegawai akhbarnya Sebastian Sanchi.

Maradona yang kini menjadi jurulatih kelab bola sepak Argentina, Gimnasia y Esgrima La Plata, akan menjalani ujian saringan COVID-19 pada Khamis, kata Sanchi kepada Xinhua.

Awal bulan ini, Maradona yang akan menyambut ulang tahunnya ke-60 Jumaat ini diuji negatif virus itu. - Bernama

bottom of page