top of page

MARI BERPADU DALAM GABUNGAN PARTI TEMPATAN SABAH MELALUI GRS

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read


1. Semalam saya dimaklumkan penerimaan rasmi UPKO sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - gabungan parti-parti politik tempatan Sabah.


2. Saya ucap terima kasih kepada Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan semua anggota Majlis Tertinggi GRS yang menerima keanggotaan UPKO susulan permohonan kami pada 29 Mei 2026 yang lepas.


3. Sebagai Presiden UPKO, saya bersukacita dapat membawa UPKO ke tempat yang sepatutnya, iaitu dalam gabungan parti-parti tempatan Sabah.


4. Ini mengembalikan semangat asal penubuhan negara Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di mana parti-parti politik Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu mempunyai gabungan wilayah masing-masing dan menandatangani perjanjian menubuhkan negara ini.


5. Hanya parti-parti tempatan Sabah yang benar-benar memahami citra Sabah dalam membangun masa depannya melalui apa yang telah dipersetujui dalam MA63.


6. GRS adalah satu-satunya gabungan parti tempatan Sabah, maka sepatutnya inilah rumah sebenar parti politik dari Sabah.


7. UPKO akan menyumbang kepada pengukuhan dan pemerkasaan GRS bagi memimpin, mentadbir dan membangunkan Sabah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.


8. Mari semua rakyat Sabah, berpadu kita dalam gabungan parti tempatan kita sendiri - GRS untuk membina wawasan Sabah First, Sabah, Sabah Prosper, Sabah Prosper, Sabah United.


9. Sekali lagi terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan semua pimpinan GRS.


EWON BENEDICK

Presiden UPKO

19 Jun 2026

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page