Muhyiddin akui pembatalan Ordinan Darurat tidak sempurna, akan dibentang di Parlimen, September iniMuhyiddin akui pembatalan Ordinan Darurat tidak sempurna, akan dibentang di Parlimen, September ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Muhyiddin akui pembatalan Ordinan Darurat tidak sempurna, akan dibentang di Parlimen, September ini



3 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, pembatalan ordinan-ordinan darurat Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.


“Maka, selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Muhyiddin berkata, usul itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.


“Diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan- ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page