Munirah sifatkan bajet 2022 ‘Belanjawan Keluarga Tiri Malaysia’ bagi SabahMunirah sifatkan bajet 2022 ‘Belanjawan Keluarga Tiri Malaysia’ bagi Sabah
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Munirah sifatkan bajet 2022 ‘Belanjawan Keluarga Tiri Malaysia’ bagi Sabah


1 Nov 2021 Oleh Marryan Razan KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis menyifatkan intipati Belanjawan 2022 sebagai ‘Belanjawan Keluarga Tiri Malaysia’ dalam konteks Sabah. Beliau berkata, ini kerana ia ia tidak mencerminkan dasar Keluarga Malaysia. “Mana mungkin keluarga memberi hanya RM5.2 billion atau sekadar 6.8 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan sedangkan setiap tahun nilai hasil yang dikaut dari bumi Sabah adalah ratusan billion. “Sumbangan Sabah kepada Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) Nasional pada tahun 2020 adalah 10.2 peratus daripada jumlah besar KDNK nasional berjumlah 1.34 trilion. Ini bermaksud, Sabah telah menyumbang sebanyak RM136 bilion kepada negara,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Bahas Belanjawan 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia berjumlah RM322.1 bilion, di Dewan Rakyat, hari ini. Munirah berkata, jika Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 112D, jadual kesepuluh, Bahagian IV (1) dalam hal Sabah, pemberian yang amaunnya sama banyak dalam setiap tahun dengan dua perlima daripada amaun yang hasil bersih yang didapati oleh Persekutuan dari Sabah itu melebihi hasil bersih yang akan didapati sedemikian oleh Persekutuan dalam tahun 1963. “Jadi menurut kiraan matematik saya, kalau Sabah seharusnya menerima 2/5 daripada hasil Sabah ke Persekutuan, maka Sabah sepatutnya diperuntukan sejumlah RM54 Bilion pada Tahun 2021 iaitu tahun berikutnya. “Peruntukan yang tersangat kecil ini tidak sepadan dengan apa yang Sabah sumbangkan dan menidakan pembangunan terutama dalam bentuk infrastruktur. “Keadaan ini memperlihatkan dua bahagian Negara Malaysia, yang maju dan yang mundur. Sehingga terma di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak kadang-kadang ada ketersasulan. “Kalau terma ini diselami, ia amat menyakitkan hati kami orang-orang Borneo seolah-olah kami bukan sebahagian dari keluarga yang di dendangkan. Apakah sebab itu Sabah Sarawak seakan diabaikan?,” tegasnya. Beliau berkata, Sabah Sarawak harus dilayan dengan adil dengan mengembalikan kepada keadaan asal apa yang termaktub dalam MA63 tanpa dolak dalik lagi.

bottom of page