OLIMPIK MUSIM SEJUK BEIJING, IOC PUAS HATI DENGAN PERSIAPAN CHINAOLIMPIK MUSIM SEJUK BEIJING, IOC PUAS HATI DENGAN PERSIAPAN CHINA
top of page
  • nabalunews

OLIMPIK MUSIM SEJUK BEIJING, IOC PUAS HATI DENGAN PERSIAPAN CHINA



7 Feb 2021


BEIJING: China sudah bersiap sedia menyambut kedatangan atlet dari seluruh dunia yang akan menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.


Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach berkata demikian dalam perutusan tahniahnya kepada Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong, sempena pengiraan detik setahun menjelang temasya sukan itu.


"Pelbagai kerja persiapan dari segi teknikal yang dilakukan China amat memuaskan. Biarpun berdepan cabaran ekoran penularan COVID-19, kami (IOC) yakin China sudah bersiap sedia," katanya.

Sementara itu Bach berkata ketika perbualan telefon dengan Presiden Xi Jinping, selepas meninjau gelanggang dan stadium baru-baru ini, Presiden China itu menyuarakan keyakinannya penganjuran Olimpik 2022 akan berlangsung dengan jayanya, di samping menegaskan sokongan terhadap temasya berprestij itu.


Mengulas mengenai persiapan Sukan Olimpik Tokyo pula, menurut Bach dengan usaha bersama pelbagai pihak, temasya itu diyakini dapat dirasmikan pada 23 Julai nanti, disusuli Sukan Paralimpik pada 24 Ogos.


Katanya, tiada alasan untuk meragui perkara itu dan persoalannya sekarang adalah bagaimana menganjurkan temasya tersebut.


Beliau turut memberikan penghargaan terhadap sokongan masyarakat antarabangsa kepada kedua-dua sukan Olimpik tersebut. - Bernama


bottom of page