top of page
nabalunews

Olimpik Paris 2024 : Impian Pearly-Thinaah ke final lebur

2 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terkandas di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas kepada pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan menerusi pertarungan tiga set, 12-21, 21-18, 15-21 dalam tempoh 78 minit di Porte de La Chapelle Arena.


Pearly-Thinaah yang bermula sedikit goyah dan ketinggalan sejak awal permainan tewas 12-21 pada set pertama.


Corak permainan lebih kemas yang dipamerkan Pearly-Thinaah menyaksikan mereka bangkit meraih kemenangan 21-18 pada set kedua dan mengheret perlawanan ke set penentuan.


Meskipun turut memberikan saingan sengit pada set penentuan, namun kebangkitan itu tidak berjaya diteruskan pasangan negara apabila Qing Chen-Yi Fan menutup permainan dengan kemenangan 21-15 untuk meraih tiket ke final.


Ia kekalahan kedua Pearly-Thinaah kepada pasangan di ranking teratas dunia itu dalam Sukan Olimpik Paris selepas tewas 17-21, 20-22 pada aksi peringkat Kumpulan A, Sabtu lalu.


Semalam, Pearly-Thinaah mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Sukan Olimpik selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong yang juga pemenang pingat gangsa edisi lalu dengan 21-12, 21-13.


Pearly-Thinaah akan menentang sama ada satu lagi pasangan China, Liu Shengshu-Tan Ning atau wuakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam penentuan pingat gangsa.

Hozzászólások


bottom of page