- nabalunews
Olimpik Paris 2024 : Terima kasih Pearly-Thinaah, anda sudah buat yang terbaik!
3 Ogos 2024
PARIS : Hasrat rakyat Malaysia untuk menyaksikan beregu negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar sejarah selaku beregu wanita pertama negara membawa pulang pingat Sukan Olimpik tidak kesampaian selepas tewas di tangan beregu nombor empat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-11, 21-11 pada perlawanan penentuan pingat gangsa yang berlangsung selama 44 minit di Porte de La Chapelle Arena, Paris
Namun tiada ungkapan sesuai bagi menggambarkan perjuangan Pearly-Thinaah di Sukan Olimpik Paris 2024 selain terima kasih, terima kasih dan terima kasih.
Pearly-Thinaah sudah melakukan yang terbaik untuk mencabar pilihan keempat dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida bagi perebutan pingat gangsa.
Namun Pearly-Thinaah dilihat kurang selesa dengan corak permainan mereka apabila pada satu ketika ketinggalan 4-11.
Gandingan negara itu cuba merapatkan jurang selepas itu namun lawan mereka kekal fokus sebelum memenangi set pertama.
Sedar memerlukan kemenangan di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, Pearly-Thinaah bagaimanapun masih bergelut dengan rentak permainan mereka sebelum akur tewas di tangan gandingan Jepun itu.
Terdahulu pada aksi separuh akhir, Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila tewas 12-21, 21-18,
Comments