top of page

Olimpik Paris : Zii Jia ke suku akhir, atasi cabaran pemain tuan rumah

nabalunews

1 Ogos 2024


PARIS : Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pemain tuan rumah, Toma Junior Popov 21-13, 24-22.


Meskipun Zii Jia mudah mengatasi lawannya di set pertama, Popov bangkit memberikan saingan di set kedua dengan sorakan daripada ribuan penonton manakala Zii Jia dilihat sedikit mengendurkan serangan.


Namun, di hujung perlawanan, pemain negara kembali agresif, melakukan beberapa smash kencang dan akhirnya menang dengan keputusan 24-22.


Selepas ini, Zii Jia dijadualkan bertemu pilihan keempat kejohanan dan pemain ranking ketiga dunia, Anders Antonsen dalam saingan Separuh Akhir pada Jumaat.


Berdasarkan rekod pertemuan menentang pemain Denmark itu, Lee Zii Jia mencatatkan tiga kemenangan dalam lapan aksi mereka.


Kali terakhir mereka bertemu adalah pada aksi suku akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, menyaksikan Zii Jia menang 21-15, 19-21, 21-11.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page