top of page

OPS KESAN 4.0 bermula 1 Julai 2025

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 2 min read

Armizan (tengah) diiringi pegawai kanan KPDN semasa mengadakan sidang media di SICC hari ini.
Armizan (tengah) diiringi pegawai kanan KPDN semasa mengadakan sidang media di SICC hari ini.

30 Jun 2025


KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan OPS KESAN 4.0 yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan itu sejajar dengan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST).

Katanya, OPS KESAN 4.0 akan digerakkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 (Akta 723).


“Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dengan tidak munasabah serta bertentangan dengan perundangan di bawah AKHAP 2011.


“Skop penguatkuasaan adalah meliputi barangan dan perkhidmatan yang terlibat dalam semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan (SST) yang berkaitan.


“Ini termasuk pemantauan terhadap barangan yang tidak terlibat dengan semakan kadar SST seperti barangan keperluan asas,” katanya pada sidang media, di Pusat Konvensyen Angtarabangsa Sabah (SICC), disini hari ini.


Armizan berkata, dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan OPS KESAN 4.0, KPDN telah dan akan terus menggerakkan tiga pendekatan, pertama melaksanakan proses pengumpulan data harga dan caj perkhidmatan.


“Ini termasuk mengguna pakai data-data kutipan harga harian oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDN. Data ini akan dijadikan asas perbandingan harga dan caj perkhidmatan sebelum dan selepas pelaksanaan semakan kadar SST,” katanya.


Kedua, memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan dan menggalakkan partisipasi awam sejajar

dengan pelaksanaan KITA GEMPUR iaitu Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan.


Ketiga, menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan aduan berkaitan dengan caj, harga dan bekalan.


Katanya, saluran aduan disediakan untuk membolehkan orang ramai mengemukakan sebarang maklumat kepada pihak Kementerian melalui saluran-saluran berikut, Pusat Arahan Penguatkuasaan: 03-8882 6245/6088; WhatsApp: 012-665 4292; Portal e-Aduan KPDN: http://eaduan.kpdn.gov.my; iCall Centre: 1-800-886-800; dan Aplikasi Telefon Pintar: Ez ADU KPDN.


Armizan berkata, KPDN akan mengambil tindakan tegas sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan.


Katanya, peniaga individu yang disabitkan kesalahan melakukan pencatutan boleh didenda sehingga RM100,000.00 atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.. Manakala bagi syarikat, denda sehingga RM500,000.00 boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.

コメント


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page