top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Paralimipik 2020: Bonnie raih emas pertama buat negara



28 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


TOKYO: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin telah berjaya meraih pingat emas pertama buat negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bagi sukan angkat berat di Forum Antarabangsa Tokyo, sebentar tadi.


Atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak yang bertanding dalam kategori lelaki bawah 72 kg dalam sukan tersebut berjaya mengenepikan pencabar terdekatnya, Mahmoud Attia dari Mesir dengan melakukan angkatan seberat 228 kg.


Lebih membanggakan, angkatan tersebut berjaya memecahkan rekod Paralimpik iaitu 227 kg yang dipegang oleh Rasool Mohsin dari Iraq pada Paralimpik Rio 2016 sekali gus mengesahkan kemenangannya dalam acara tersebut.


Tempat kedua pula jatuh kepada Mahmoud Attia dari Mesir dengan angkatan 191 kg manakala tempat ketiga, Micky Yule dari Great Britan dengan angkatan 182 kg.


Sebelum ini, Bonnie juga berjaya memecahkan rekod dunia bagi sukan yang sama pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu dengan angkatan 230 kg pada Jun yang lalu.


Comentários


bottom of page