Paralimpik Paris 2024 : Emas kedua Malaysia, Bonnie pecah rekod dunia
- nabalunews
- Sep 6, 2024
- 1 min read

6 September 2024
PARIS : Atlet paralimpik negara dari Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan dirinya tiada tandingan dalam acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) di peringkat antarabangsa apabila bukan sahaja merangkul pingat emas kedua negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, tetapi turut memecahkan rekod dunia dengan angkatan 232 kg sekaligus memadamkan rekod dunia miliknya sendiri sebelum ini iaitu 231 kg.
Atlet berusia 25 tahun itu melakukan angkatan 232 kg pada angkatan ketiga, jauh meninggalkan pemenang pingat perak, Hu Peng dari China yang membuat angkatan terbaik 214 kg manakala gangsa dimenangi peserta Itali, Donato Telesca dengan angkatan 213 kg.
Dengan kejayaan ini, Bonnie kini sudah mengumpulkan dua pingat emas di Sukan Paralimpik selepas kali pertama memenanginya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Comentários