top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pembangkang kritik kerajaan ‘lemah’ tangguh pembentangan pindaan Akta 342 Isnin depan


16 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Keputusan Dewan Rakyat menangguhkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342 pada Isnin ini dikecam beberapa Ahli Parlimen pembangkang.


Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, RUU tersebut tidak dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini sebaliknya akan dibahaskan pada Isnin depan.


“Ini satu kekalahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana nampaknya beliau sendiri tidak mendapat sokongan penuh daripada ‘backbenchers’ beliau,” katanya dalam ciapan akaun Twitternya, hari ini.


Wong berkata, walaupun RUU itu akan dibahas pada Isnin namun tiada kepastian apa yang berlaku pada Isnin.


Sementara itu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman turut menyatakan kekecewaannya melalui media sosial.


“Parlimen tangguh lagi, extend sampai Isnin depan, kerajaan terpaksa tangguhkan Pindaan 342 yang jelas #Duadarjat kerana tiada sokongan di Dewan Rakyat. Perjuangan diteruskan. #LawanPindaan342,” katanya dalam Twitter.


Sebelum ini beberapa pemimpin mahu supaya cadangan terhadap pindaan Akta 342 itu diteliti semula.


Ini kerana menurut mereka terdapat hukuman dalam pindaan Akta 342 disifatkan sebagai sangat tidak munasabah termasuk denda maksimum RM10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya bagi individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti gagal memakai pelitup muka serta penjarakan fizikal.


Pindaan Akta 342 sepatutnya dibaca kali pertama pada petang ini terpaksa ditangguh pada Isnin depan.

Comments


bottom of page