top of page

Penghargaan kepada rakyat akan diumum esok atau Rabu – Anwar

  • nabalunews
  • Jul 21, 2025
  • 1 min read

21 Julai 2025


PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penghargaan luar biasa kepada rakyat dijangka akan diumumkan pada esok atau Rabu ini.


Menurutnya, ia memerlukan sedikit lagi masa untuk meneliti pengumuman yang bakal dibuat susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.


"Keresahan ini memerlukan saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.


"Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya, tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.


Sebelum ini, Anwar dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.


Bagaimanapun tiada penjelasan secara terperinci mengenai pengumuman berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page