PENUTUPAN SEMUA AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DI SABAHPENUTUPAN SEMUA AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DI SABAH
top of page
  • nabalunews

PENUTUPAN SEMUA AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DI SABAH



14 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengumumkan bahawa semua aktiviti sukan, rekreasi, latihan serta penganjuran pertandingan akan ditutup serta-merta sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Oleh itu, Menterinya, Datuk Ellron Angin berharap semua pengiat sukan, pemilik premis, pengurus atau operator dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau berkata, ini penting dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Mengenai jadual perlawanan bola sepak Liga Malaysia melibatkan pasukan Sabah menentang pasukan UiTM yang sepatutnya berlangsung pada 10 Oktober lepas di Stadium Likas, Ellron berkata, ia telah ditunda pada 19 Oktober (Isnin) depan.

“Namum atas risiko peningkatan kes Covid-19 serta larangan rentas daerah dan negeri oleh MKN, maka pihak Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA) telah menghantar surat kepada pihak penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan PBT untuk memindah tempat perlawanan dari Stadium Likas ke Stadium UiTM Shah Alam pada 19 Oktober tetapi perlawanan ini juga masih tidak boleh dijalankan.

“Sebagai makluman, Sabah FA telah berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif MFL untuk menunda perlawanan itu sekali lagi dan pihak MFL memutuskan untuk menunda perlawanan ini pada 31 Oktober di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ellron berharap penjelasan itu dapat menyelesaikan kekeliruan dan tanda tanya semua pengiat sukan dan peminat bola sepak di negeri ini.

bottom of page