top of page

PENYERANG LIVERPOOL SALAH POSITIF COVID-19

  • nabalunews
  • Nov 14, 2020
  • 1 min read

ree

14 Nov 2020

KAHERAH: Penyerang Mesir dan bintang sensasi Liverpool Mohamed Salah disahkan positif COVID-19, kata Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) pada Jumaat.

Menurut kenyataan EFA, Salah, 28, diuji positif virus itu selepas menjalani saringan pertama tetapi pihak ETA memutuskan untuk membuat ujian sekali lagi bagi mengesahkannya, lapor agensi berita Xinhua.

Pemain itu menjalani ujian saringan COVID-19, menjelang perlawanan pertama pasukan Mesir dengan Togo pada Sabtu untuk kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2021.

Semua hasil ujian pemain pasukan itu serta kakitangan teknikal dan pentadbiran adalah negatif. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page