PH CADANG BANTUAN ONE-OFF DINAIKKAN PH CADANG BANTUAN ONE-OFF DINAIKKAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PH CADANG BANTUAN ONE-OFF DINAIKKAN


Gambar Hiasan


12 Jun 2021


KOTA KINABALU: Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan mengambil pendirian yang konstruktif dengan menyokong keputusan Kerajaan untuk melanjutkan penutupan penuh Fasa Kedua di seluruh negara selama 14 hari dari 14 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan, Hassan Abdul Karim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus Amanah Negara (AMANAH), Chong Chieng Jen Parti Tindakan Demokratik (DAP), Natrah Ismail (KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP), Chan Foong Hin (DAP) dan Cha Kee Chin (DAP)


“Kita boleh bersetuju dengan perlanjutan ini kerana kes yang dilaporkan masih tinggi iaitu setiap hari tidak kurang dari 5000 kes. Namun, pakej bantuan kepada rakyat yang terkesan dan menyeluruh mesti diberikan,” menurut kenyataan itu.


Menurut mereka Kos Bantuan one-off RM500 (pendapatan bawah RM2,500) atau RM300 (RM2,500 - RM5,000) masih terlalu kecil, dan hanya menerima bantuan tersebut pada hujung bulan ini.


“Cadangan Jawatankuasa adalah pemberian Bantuan One-Off Mesti dipercepatkan dan dinaikkan ke RM2,000 dan RM1,500 masing-masing.


“Sebagaimana yang dicadangkan Oleh Lim Guan Eng kepada Yang- Di Pertuan Agong berkenaan Moratorium, Jawatankuasa ini mencadangkan Moratorium selama tiga bulan kepada golongan M40 wajar dilaksanakan.


“Setakat ini hanya B40 sahaja yang diberikan, sedangkan M40 juga terjejas teruk,” katanya.


Katanya lagi, subsidi upah dilanjutkan ke tiga bulan, untuk bantu SME dan elakkan pekerja dibuang kerja sebagaimana saranan Kumpulan Majikan dan Pekerja.


Mereka juga mencadangkan agar subsiti atau rebat TNB sebanyak 30 peratus untuk pengguna domestik kerana penggunaan di rumah akan bertambah.

“MITI sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan kepada jenis-jenis perniagaan yang layak beroperasi sepanjang PKP3.0.


“Telah berlaku insiden di mana terlalu banyak kelonggaran diberikan kepada pelbagai jenis perniagaan untuk beroperasi, iaitu lebih daripada 17 sektor yang dibenarkan.


“Keadaan ini tidak membantu, malahan merencatkan usaha untuk melandaikan lengkuk pandemik Covid-19,” menurut kenyataan itu.


bottom of page