top of page

Pindaan perlembagaan, benar wanita beri kewarganegaraan kepada anak harus disokong: Azalina

Farah Salim

29 Ogos 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial (PSCC) bersedia memfailkan rang undang-undang (RUU) persendirian pindaan perlembagaan bagi memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak yang lahir di luar negara melalui ibu dari Malaysia, kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman.


Beliau yang mempengerusikan jawatan itu bagaimanapun berkata, tanpa sokongan Ahli-ahli Parlimen ia tidak akan menjadi realiti.


Katanya lagi, Ahli-Ahli Parlimen telah mencipta sejarah apabila mencapai undi sebulat suara untuk pindaan perlembagaan bagi menyokong kelulusan undang-undang anti-lompat parti


“Jika dan apabila RUU dikemukakan kepada kita untuk membuat pindaan kecil kepada perlembagaan bagi membolehkan kedua-dua bapa dan ibu memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka, saya percaya bahawa kita boleh bersetuju sebulat suara untuk melakukan perkara yang sama.


“Sebagaimana lompat parti adalah tidak adil dan tidak beretika, begitu juga dengan meninggalkan beribu-ribu kanak-kanak tanpa kerakyatan dan dalam keterbatasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Azina berkata, perkara itu akan menambah masalah yang tidak perlu kepada keluarga dan anak-anak seterusnya mencemarkan semangat “Keluarga Malaysia”.


Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak menjadi warganegara Malaysia mengikut kuatkuasa undang-undang.


Bagaimanapun pada 5 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa peruntukan perlembagaan hanya merujuk kepada bapa kandung. Kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak layak untuk mendapat kewarganegaraan negara ini secara automatik.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page