top of page

PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib

  • nabalunews
  • Oct 26, 2024
  • 1 min read



26 Oktober 2024


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil maklum akan semua pandangan dan kebimbangan berhubung cadangan kenaikan gaji minimum serta peningkatan sumbangan wajib kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, isu ini turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Anwar pada Jumaat.


“Ya, ada dibincangkan termasuk beberapa aspek merangkumi pandangan PKS (perusahaan kecil dan sederhana), pandangan daripada syarikat yang usahakan ladang-ladang, mengenai beberapa keputusan atau pengumuman pada Belanjawan 2025.


“Perdana menteri telah dimaklumkan tentang pandangan ini dan sudah pasti beliau akan mengambil kira (semua pandangan serta kebimbangan) dan kita tunggu sebarang keputusan sewaktu penggulungan nanti, insya-Allah oleh pihak Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Jumaat, lapor Bernama.


Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) pada 22 Oktober lepas menyuarakan kebimbangan berkenaan dengan alasan cadangan kenaikan gaji minimum dan sumbangan KWSP itu mungkin memberikan tekanan kewangan yang tidak mampu ditanggung oleh PKS, terutamanya pada saat perniagaan kecil masih dalam proses pemulihan selepas pandemik.


Presiden Kebangsaan SME Malaysia Chin Chee Seong dilaporkan berkata walaupun usaha kerajaan untuk meningkatkan kebajikan pekerja dihargai, pelaksanaan dasar itu tanpa sokongan tambahan bakal menggugat kelangsungan sektor PKS.

Komentar

Tidak Dapat Memuat Komentar
Sepertinya ada masalah teknis. Coba sambungkan kembali atau segarkan halaman.
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page