PM Anwar dijadual bentang Belanjawan 2025 petang ini
- nabalunews
- Oct 18, 2024
- 1 min read

18 Oktober 2024
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada jam 4.00 petang ini.
Pembentangan ini merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan MADANI pimpinannya dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebelum peralihan ke Rancangan Malaysia ke-13, lapor Bernama.
Menurut kenyataan prabelanjawan di laman khas Belanjawan Kementerian Kewangan, fokus utama Belanjawan 2025 adalah pada tiga teras kerangka Ekonomi MADANI: menaikkan siling, menaikkan lantai, serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.
Menerusi hantaran Facebook pada 7 Oktober, Anwar berkata belanjawan ini adalah kesinambungan ikhtiar kerajaan untuk mencapai wawasan kerangka Ekonomi MADAN.
Pembentangan tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan media sosial.
Comments