top of page

PM Anwar ucap tahniah kepada JDT menang Piala FA

  • nabalunews
  • Aug 25, 2024
  • 1 min read

25 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas pencapaian menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditampilkan pasukan Gergasi Merah Selangor FC meskipun tewas dalam perlawanan tersebut.


“Tahniah JDT yang memenangi pertandingan semalam. Kekalkan tradisi sukan untuk memupuk perpaduan. Kagum dengan semangat pasukan Selangor,” katanya dalam hantaran itu seperti dilaporkan Bernama.


Kejayaan Harimau Selatan merangkul trofi Piala FA 2024/25 dengan membelasah Selangor 6-1 semalam menyaksikan skuad di bawah kendalian Hector Bidoglio itu meraih kemenangan hatrik selepas turut mengungguli piala berprestij itu pada edisi 2022 dan 2023.


JDT memperoleh kemenangan menerusi jaringan hatrik Juan Muniz serta Arif Aiman Hanafi, Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes manakala Selangor FC memperoleh gol menerusi Alvin Fortes.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page